Thursday 2 February 2012

COKLAT MOIST KEK

PROMOSI SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012 RM28 SAHAJA





kek:moist
filling:chocolate topping
harga:RM28(promosi sehingga 29FEB) harga asal RM35
penghantaran disediakan:   
RM3 kawasan sg.besi.
RM5 kawasan kuala lumpur/kajang/ampang/klang lama
RM10 shah alam/klang/gombak



sebarang tempahan sila hubungi 
sarah-0136439930
sila buat tempahan 2 hari sebelum nya
tempahan kurang dari 2 hari hanya akan dilayan sekiranya
-ada kekosongan
-coustemer yang tidak cerewet:)






tarikh-tarikh dibawah adalah tempahan yang telah penuh 
feb
1/2-cassey:kinrara,puchong
1/2-laily:sg.besi
2/2-kamal:cheras
2/2-pn.mastura:shah alam
2/2-en.harry:p/jaya
8/2-ozlyn:ampang
13/2-mona:kajang
15/2-fiza:cheras

Thursday 5 January 2012

KAD PENGENALAN BARU 2012

Kad pengenalan lama akan ditukar baru....sapa-sapa belum tukar pergi lah tukar..conpem JPN sesak giler...so dibawah ini saya sertakan tarikh yg akan dibuka seluruh negeri untuk perbaharui mykad anda..juga syarat-syarat permohonan..
 
Pada yang berhajat ingin menjadi antara yang terawal memiliki MyKad berstruktur  baru boleh check tarikh kaunter dibuka untuk pertukaran Mykad bagi setiap JPN Negeri :
  • JPN PutraJaya & JPN Shah Alam - 3 Januari 2012
  • JPN Kluang & JPN Ipoh - 10 Januari 2012
  • JPN Johor Bahru - 14 Januari 2012
  • JPN Kuantan - 15 Januari 2012
  • JPN Melaka - 17 Januari 2012
  • JPN Kuching dan JPN Kota Bharu - 20 Januari 2012 
  • JPN Kuala Terengganu dan JPN Pulau Pinang - 29 Januari 2012 
  • JPN Alor Setar -  2 Februari 2012
  • JPN Miri - 6 Februari 2012
  • JPN Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain - 7 Februari 2012
  • Cawangan di Wilayah Persekutuan - 15 Februari 2012
Antara ciri - ciri Keselamatan dan rekabentuk MyKad berstruktur baru ini ialah :
  • Diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan 
  • Menggunakan cip baru yang lebih bertahan. 
  • MyKad baru ini juga mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.
  • Tidak mudah rosak - ie dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini. 
  • Menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.
Syarat Permohonan Kad Pengenalan Baru
  • Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  • Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
  • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.

Prosedur Permohonan Kad Pengenalan Baru
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :
  • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
  • Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
  • Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  • Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).
p/s: selagi tak ada tarikh tutup...memang malas nak pergi jpn.ehhehe

Makhluk Halus Tumpang Solat


Kejadian aneh tapi benar
BATU PAHAT – Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. 
Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.
Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.
“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.
“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.
Kain batik lepas terbentang sendiri
Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.
Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.
“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.
“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.
“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.
Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.
Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.

Tuesday 13 December 2011

China kehilangan dua puluh buah tasik setiap tahun

tasik hilangggg?

NEGARA China memiliki kira-kira 24,000 tasik-tasik semulajadi namun kini satu persatu didapati hilang pada kadar 20 buah setiap tahun menurut satu deklarasi dari forum alam sekitar.

Tasik-tasik semulajadi China meliputi kawasan seluas 83,000 km persegi juga memainkan peranan penting di dalam mengekalkan keseimbangan sistem ekologi, mengawal banjir dan mengurangkan kesan kemarau.



Menurut deklarasi itu lagi, tasik-tasik di China menghadapi kesan serius akibat perubahan cuaca disebabkan oleh aktiviti manusia.

"Setiap tahun, kira-kira 20 tasik-tasik semulajadi lenyap dengan cara yang mengecewakan" menurut deklarasi itu lagi yang menekankan bahawa aktiviti manusia telah menyebabkan akibat serius terhadap tasik-tasik tersebut.

"Kualiti air semakin buruk, mendapan terkumpul, tanah lembab semakin mengecil dari segi saiz dan haiwan akuatik menghadapi kematian. Akibatnya peranan tasik sebagai kawalan banjir dan kemarau telah terjejas"

"Tasik ini tidak dapat bertahan terhadap kerosakan akibat aktiviti manusia"

Menteri Sumber Air China, Chen Lei pada forum berkenaan berikrar untuk meningkatkan input kerajaan terhadap usaha melindungi tasik.

Lebih 800 pakar-pakar dan para pegawai menghadiri forum tersebut yang diadakan pada 10 dan 11 Disember baru-baru ini.

Sunday 11 December 2011

first time buat blog

pening juga buat blog ni..nak kene daftar google..macam yahoo..ke fasebuk tu.try punya try akhir ya...ni penangan adik aku la ni..budak sekolah buat blog boleh yg tua cam aku ni pasti boleh..ala tergagap2 g2..hahah.bleh la buat ckit2.nak2 bab yg edit color tu,,bleh main2 lagi..campur2 color..hahahah.seronok juga..apa pun aku berjaya buat blog yg tak seberapa ni..thaks kat adik aku..bleh juga ada blog sendiri..tambah lak kerja aku duk updute blog ni..tak per lagi busy lg best,kalau tak..membongkang jer kerja aku.heheheh

KENAPA LELAKI PERLU BERISTERI

1- isteri boleh jadi alarm pagi-pagi nak pergi kerja.tak der la push card merah je memanjang
2- isteri boleh gosok baju,takder la berkedut seribu baju tu, sedia stokin, takder la stokin color lain-lain sebelah.
3-isteri boleh sedia breakfast, takder la kebulur.kalau tak sempat sangat..milo secawan ok dah
4-isteri boleh masak tengahari..takut nya laki balik mengejut time lunch. takder la membazir makan kat luar.
5-isteri boleh msg dan call bila2 masa tanya'dahsampai belum','balik pukul brape','rindu la','sayang  awak','sayang,rase nak makan apam balik yang kat opis awak tu,tolong beli ya','sayang,ikan dah habis,sayur dah habis,tolong beli ya','bekas bekal tadi tolong bawak balik ya,nanti tertinggal lagi',kalau tak beristeri sapa yg nak msg kita mcm tu.
6-isteri boleh sambut bila pulang kerja.dengan semburan minyak wangi satu rumah bau nya..khas untuk suami tercinta.kalau tak ada isteri tak der sapa pun yang sambut.bau sampah bertimbun kat dapur tak buang ada la.
7-isteri boleh hidang makan malam.lagi suami tak usik nasik lagitu la isteri tak makan tunggu suami. tapi kalau tak der isteri rela lapar hingga pagi.
8-isteri boleh bersihkan tempat tidor...nak nya suami tidor lena.kalau tak dak isteri tempat tidor tu dah jadi tempat makan minum,main game,kalau boleh mandi pun kat situ.
9-isteri boleh tenang kan hati yang panas baran tu, boleh rasa susah senang bersama. takder la nak pendam sorang diri.
10-isteri sentiasa jaga harta suami nya, kalau sensorang sapa nk jaga.
11-isteri sentiasa berdoa bila suaminya dalam kegelapan,dalam kesusahan,dalam kegelisahan,supaya hidup suaminya lebih tenang.kalau takder isteri doa diri sendiri belum tentu.