Thursday, 5 January 2012

KAD PENGENALAN BARU 2012

Kad pengenalan lama akan ditukar baru....sapa-sapa belum tukar pergi lah tukar..conpem JPN sesak giler...so dibawah ini saya sertakan tarikh yg akan dibuka seluruh negeri untuk perbaharui mykad anda..juga syarat-syarat permohonan..
 
Pada yang berhajat ingin menjadi antara yang terawal memiliki MyKad berstruktur  baru boleh check tarikh kaunter dibuka untuk pertukaran Mykad bagi setiap JPN Negeri :
  • JPN PutraJaya & JPN Shah Alam - 3 Januari 2012
  • JPN Kluang & JPN Ipoh - 10 Januari 2012
  • JPN Johor Bahru - 14 Januari 2012
  • JPN Kuantan - 15 Januari 2012
  • JPN Melaka - 17 Januari 2012
  • JPN Kuching dan JPN Kota Bharu - 20 Januari 2012 
  • JPN Kuala Terengganu dan JPN Pulau Pinang - 29 Januari 2012 
  • JPN Alor Setar -  2 Februari 2012
  • JPN Miri - 6 Februari 2012
  • JPN Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain - 7 Februari 2012
  • Cawangan di Wilayah Persekutuan - 15 Februari 2012
Antara ciri - ciri Keselamatan dan rekabentuk MyKad berstruktur baru ini ialah :
  • Diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan 
  • Menggunakan cip baru yang lebih bertahan. 
  • MyKad baru ini juga mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.
  • Tidak mudah rosak - ie dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini. 
  • Menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.
Syarat Permohonan Kad Pengenalan Baru
  • Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  • Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
  • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.

Prosedur Permohonan Kad Pengenalan Baru
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :
  • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
  • Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
  • Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  • Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).
p/s: selagi tak ada tarikh tutup...memang malas nak pergi jpn.ehhehe

Makhluk Halus Tumpang Solat


Kejadian aneh tapi benar
BATU PAHAT – Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. 
Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.
Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.
“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.
“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.
Kain batik lepas terbentang sendiri
Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.
Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.
“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.
“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.
“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.
Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.
Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.